animasi  bergerak gif
My Widget
SpongeBob SquarePants

Monday 28 November 2016

DIY GIF BAGS

Assalamualaikum and Hai Guyssss πŸ™†πŸ™†

Apa khabar kawan-kawan ?

Okay, kalau baca blog ni tak lain tak bukan tentang Arts and Crafts la. Hari ni kita main lipat-lipat je. Barang-barang untuk Arts and Crafts kali ni sangat senang kerana menggunakan barang terpakai. Nama Arts and Crafts kali ini ialah HANDMADE PAPER BAG. Okay sekarang kita lihat apa je barang yang kita bakal gunakan.

Barang-barang yang diperlukan:

  1. Kertas warna {warna kegemaran you alls la}
  2. Gam/Tape
  3. Reben 
  4. Puncher
Cara-cara pembuatan:
  1. Ambil kertas warna kemudian lipat dibahagian atas kertas 3 inch.
  2. Kemudian lipat dibahagian bawah kertas ukuran 3 inch juga.
  3. Selepas itu, ambil gam atau tape kemudian lekatkan pada hujung kertas yang dicantumkan.
  4. Kemudian lipat bahagian bawah dengan ukuran 3 inch.
  5. Buka pada bahagian tengah lipatan.
  6. Lipatkan pada bahagian bucu kertas kedalam.
  7. Lipat 2 lipatan untuk betemu dipertengahan.
  8. Tampal pada bahagian lipatan yang bertemu tadi(7)
  9. Buka beg tersebut kemudian tebuk 2 lubang pada bahagian atas kertas .
  10. Ambil reben dan masukkan ke dalam lubang tersebut.

TAAARRRRAAAAAA . SIAP SUDAH 😍😍😍

Sekarang, tunggu apa lagi . Marilah kita buat. Gift bag ni sesuai untuk kenduri-kendara. Sekurang-kurangnya kita dah jimat kos untuk gift bag. Ye dok ?? 

Okaylah. Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini . Semoga kita dipanjangkan umur untuk melihat banyak lagi Arts and Craft yang bakal saya lakukan . 

Byeee πŸ™‹

#muahciked😘

Sunday 27 November 2016

DIY STAR JAR


Assalamualaikum an Hai Guys πŸ™‹

Hari ini saya ingin memulakan satu Arts and Craft yang boleh digunakan untuk menghias bilik anda . Arts and Crafts ini dinamakan STAR JAR . Barang-barang yang digunakan sangat berpatutan dan boleh didapatkan di kedai cenderamata atau kedai hadiah . Selain itu, kebanyakkan barang yang digunakan adalah barang terpakai . 


Bahan-Bahan yang Diperlukan :

  1. Bottle Jar
  2. Aluminium Foil 
  3. Tape 
  4. Lidi / Paper Clip
  5. Lampu
Cara-Cara Membuat STAR JAR :

  1. Ambil bottle jar dan aluminium foil . Kemudian balut bottle jar menggunakan aluminium foil untuk mengetahui ukuran bottle jar .
  2. Seterusnya, ambil lidi/paper clip dan tebuk lubang pada aluminium foil yang diukur tadi .
  3. Kemudian, tampal aluminium foil yang telah ditebuk pada bottle jar dengan menggunakan tape . 
  4. Akhir sekali, ambil lampu dan nyalakan lampu tersebut kemudian masukkan kedalam bottle jar yang telah ditampal menggunakan alumium foil .
TARAAAAAAAA SIAPPπŸ˜‡πŸ˜‡

Contoh Star Jar


Saya harap semua pembaca dapat melakukan Arts and Crafts ini kerana mudah dan cantik untuk dibuat sebagai hiasan bilik .
Sekian, Terima Kasih 😍😍

                                                           
Video Cara Membuat STAR JAR 

Pengenalan "Arts and Crafts"

Assalamualaikum and Hai Guys,😁

     Ini merupakan blog pertama saya . Saya juga baru berjinak-jinak dalam bidang blogger ni . Memandangkan blog ini merupakan assignment untuk subjek ICT, apa kata saya meggunakan peluang yang ada untuk sembang tentang Arts and Crafts . Tak banyak ilmu yang saya ada dalam bidang seni . Tapi, apa yang boleh saya katakan disini, saya amat meminati Arts and Craft . Kelebihan Arts and Craft ini ialah boleh menghilangkan rasa bosan, menjumatkan kos, mepercantikkan kawasan, menjimatkan ruang dan lain-lain . Okay, sekarang saya akan menceritakan apa itu maksud Arts and Craft .

     Arts ialah kesenian atau kreativiti . Maksud Arts ialah kreativiti mecipta sesuatu perkara baru dan asli tanpa peniruan mana-mana aspek . Antara ciri-ciri kreativiti ialah fleksibel, sensitif, peka, asli dan tulen, tanpa peniruan, bersikap terbuka, logik dan efisien dan bebas dari fikiran kreatif .

    Manakala Crafts ialah kerajinan . Maksud Crafts ialah aktiviti yang dilakukan dengan menggunakan keterampilan tangan . Antara contoh Craft ialah calligraphy, jahitan, lipatan, dan sebagainya . Kelebihan Crafts sama dengan Arts .

    Kesimpulannya, Arts and Crafts banyak memberi manfaat kepada kita . Selain itu juga, perkara ini dapat meningkatkan lagi seni yang ada dalam diri kita . Kebanyakkan masyarakat meggunakan Arts and Crafts untuk menghias sesutu tempat atau diri sendiri .


Gallery Arts and Crafts:πŸ’