animasi  bergerak gif
My Widget
SpongeBob SquarePants

Monday 28 November 2016

DIY GIF BAGS

Assalamualaikum and Hai Guyssss 🙆🙆

Apa khabar kawan-kawan ?

Okay, kalau baca blog ni tak lain tak bukan tentang Arts and Crafts la. Hari ni kita main lipat-lipat je. Barang-barang untuk Arts and Crafts kali ni sangat senang kerana menggunakan barang terpakai. Nama Arts and Crafts kali ini ialah HANDMADE PAPER BAG. Okay sekarang kita lihat apa je barang yang kita bakal gunakan.

Barang-barang yang diperlukan:

  1. Kertas warna {warna kegemaran you alls la}
  2. Gam/Tape
  3. Reben 
  4. Puncher
Cara-cara pembuatan:
  1. Ambil kertas warna kemudian lipat dibahagian atas kertas 3 inch.
  2. Kemudian lipat dibahagian bawah kertas ukuran 3 inch juga.
  3. Selepas itu, ambil gam atau tape kemudian lekatkan pada hujung kertas yang dicantumkan.
  4. Kemudian lipat bahagian bawah dengan ukuran 3 inch.
  5. Buka pada bahagian tengah lipatan.
  6. Lipatkan pada bahagian bucu kertas kedalam.
  7. Lipat 2 lipatan untuk betemu dipertengahan.
  8. Tampal pada bahagian lipatan yang bertemu tadi(7)
  9. Buka beg tersebut kemudian tebuk 2 lubang pada bahagian atas kertas .
  10. Ambil reben dan masukkan ke dalam lubang tersebut.

TAAARRRRAAAAAA . SIAP SUDAH 😍😍😍

Sekarang, tunggu apa lagi . Marilah kita buat. Gift bag ni sesuai untuk kenduri-kendara. Sekurang-kurangnya kita dah jimat kos untuk gift bag. Ye dok ?? 

Okaylah. Itu sahaja perkongsian saya pada hari ini . Semoga kita dipanjangkan umur untuk melihat banyak lagi Arts and Craft yang bakal saya lakukan . 

Byeee 🙋

#muahciked😘

2 comments: